Selamat Datang Kepada Semua Yang Sudi Melayari Blog Ini.

Selamat datang kepada semua yang sudi melayari blog ini. Semoga anda mendapat manfaat dan bersama berkongsi ilmu.

Tuesday, July 6, 2010

Jenis Tanaman Hiasan

Tanaman Hiasan terdiri daripada beberapa jenis seperti pokok renek, pokok penutup bumi, pokok naungan , pokok palma , pokok memanjat atau menjalar dan pokok bunga bermusim.


Pokok Renek



Pokok renek atau belukar ialah tumbuhan berkayu.Ciri-cirinya seperti jumlah batangnya yang banyak dan lebih rendah, selalunya kurang daripada 5-6 m tinggi. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek ini selalunya digelar sebagai semak samun.


Pokok Penutup Bumi



Pokok penutup bumi ialah tumbuhan yang kebanyakan menjalar dan melata di permukaan tanah. Ketinggianya lebih kurang 30 cm. Contohnya, Ros Jepun, Alternathera, dan Hemigraphis.


Pokok Naungan



Pokok naungan ialah pokok yang berbatang tunggal. Ianya boleh digunakan sebagai teduhan dan penahan angin. Ketinggian pokok ini melebihi 5 meter. Contoh pokok naungan ialah semarak api,bunga tanjung dan tembusu.


Pokok Memanjat/Menjalar



Pokok memanjat atau menjalar merupakan tumbuhan yang melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat. Contoh pokok jenis ini ialah nyonya makan sirih, kembang pagi, ros jepun, bunga kertas dan petrea.


Pokok Palma




Pokok Palma merupakan jenis pokok berbatang tunggal yang tidak bercabang. Di pucuk pokok terdapat sejambak daun. Contoh pokok palma ialah pinang raja, pinang manila, pinang kuning dan pokok kelapa gading.



Pokok Bunga Semusim


Pokok Bunga Semusim merupakan tumbuhan yang hidup dalam jangkamasa yang singkat. Kebiasaannya pokok jenis ini akan mati selepas berbunga. Ianya selalu digunakan untuk hiasan pentas. Contoh pokok jenis ini ,bunga butang, bunga matahari, bunga balung ayam, bunga kekwa, bunga keembong dan zinnia.



Video Contoh Tanaman Hiasan

4 comments:

edie amer said...

tahniah, semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar.

zairy said...

ada dalam bentuk slid persembahan tak? harap dapat berkongsi :)

pamela said...

cikgu , bolehkah saya dapatkan video ini dalam bentuk powerpoint kerana saya memang memerlukannya untuk tugasan saya .tk.
gsiokhar5150@hotmail.com

Anonymous said...

tahniah..nak share yer utk P&P.