Selamat Datang Kepada Semua Yang Sudi Melayari Blog Ini.

Selamat datang kepada semua yang sudi melayari blog ini. Semoga anda mendapat manfaat dan bersama berkongsi ilmu.

Saturday, July 10, 2010

Cara Mudah Ingati Bilang Hari Sebulan


Tahukah Anda ?

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara mudah mengetahui bilangan hari dalam sebulan. Selepas ini anda tidak lagi perlu menghafalnya. Ianya sesuai diterapkan kepada para pelajar di sekolah rendah dan menengah. Mungkin juga sesuai digunakan oleh semua sebagai panduan dalam mengetahui bilangan hari sebulan.

Titik merah merujuk kepada " benjolan " dan " lekuk " di tangan apabila tangan digenggam.


Titik merah " benjolan " tangan merujuk kepada bulan :
Januari ( 1 ) , Mac ( 3 ) , Mei ( 5 ) , Julai ( 7 ), Ogos ( 8 ), Oktober ( 10 )
dan Disember ( 12 ).

Bilangan hari bagi bulan-bulan tersebut ialah " 31 hari ".

Titik merah " lekuk " tangan merujuk kepada bulan :
Februari ( 2 ), April ( 4 ) , Jun ( 6 ) , September ( 9 ) dan November ( 11 ).

Bilangan hari bagi bulan-bulan tersebut ialah " 30 hari ",
kecuali bulan Februari merujuk kepada "28" atau "29" hari.

Perhatikan Gambar di Atas :

Januari ( 1 ) , Mac ( 3 ) , Mei ( 5 ) , Julai ( 7 ), Ogos ( 8 ), Oktober ( 10 )
dan Disember ( 12 ).

Bilangan hari bagi bulan-bulan tersebut ialah " 31 hari ".



Perhatikan Gambar di Atas :

Februari ( 2 ), April ( 4 ) , Jun ( 6 ) , September ( 9 ) dan November ( 11 ).

Bilangan hari bagi bulan-bulan tersebut ialah " 30 hari ",
kecuali bulan Februari merujuk kepada "28" atau "29" hari.




****** Selamat Mencuba *******


Disediakan oleh :

Edie Amer Bin Mohamad

1 comment:

Hafsa said...

teringat semula.. time2 belajar kat sekolah dulu.. cikgu...